Sunday, April 29, 2012

Limit is Everywhere

Assalamualaikum, hai pembaca, apa khabar semua.... bagaimana dgn hari-hari anda? hari semalam adalah pendorong kita untuk hari ini dan semalam juga yg mencorakkn kita hari ini. jadi, apa yg berlaku sebelum ini, ambil lah sebagai satu dorongan, panduan atau pun sempadan buat kita untuk kita menjadi lebih baik dari semalam. Apabila berkata tentang "Limit" pasti semua insan telah merasai sendiri pengalaman dimana ia menguji tahap kesabaran kita dan jika jita bijak dan mampu berfikir, sudah pasti kita sedar bahawa setiap perkara ada batas-batas yang tertentu. cuba lihat diri masing-masing, semak kembali perangai dan tingkah laku kita, mampukah orang disekeliling kita bersabar dengan tingkah laku kita..? Orang yg sombong dan angkuh pasti tidak akn menilai dirinya dengan penilaian yg jujur, ini kerana mereka ini merasakan bahawa apa-apa yg dilakukan mereka adalah betul dan sedikitpun tidak merasakan ianya satu kesilapan. apa pendapat anda tentang org yg tidak mahu mengakui kesilapan sendiri? pengalaman mengajar kita untuk mengakui yg kita tidak selalunya betul. orang disekeliling anda mungkin boleh bersabar dan mungkin tidak, hanya anda mampu melakukan perubahan. Wassalam.

1 comment: